Ahad, 29 Mac 2009

wekend yg meletihkan

Alhamdulillah.dalam kesibukan menyiapkan tugasan serta sibuk mmbuat persiapan utk mengambil final exam 2 minggu lagi,sempat jugak luangkan msa pergi kursus kawen..kalau bukan utk mndapatkan sekeping sjil,mmg tak nk pergi..ari minggu,nk bgun awl mmg susah.Pagi tu bangun jgk lah,siap2 pergi dgn rsa malasnya..bergerak le tempat kursus..

dgn bismillah..bermulalah kursus sya pegi tu..aduhh laa,dgn econ yg sjuk,kerusi yg empuk,berat sngat2 rasa kelopak mta ni.kadang tu terlentok2 jgk lah kapala ni walaupun puas ditahan mata ni supaya tak terpejam.dalam hati tak habis2 kata,kenpalah kna dtg kursus kawen ni..dalam satu slot,ada seorag ustaz,mnyentuh ttg niat.perkara yg selalu kak lillah ingat2 pada sya.mugkin ada antara kamu yg kata,buang masa jaa dtg kursus ni,mugkin ada yg dtg kursus ni sbb terpaksa,sbb nk dptkan sjil kwen.aduhh pedih jer trasa kena batang hidung sndri.mata yg tadi ngantuk terus segar..sbnarnya,tjuan kursus kahwen diadakan,bukanlah utk mngajar blik kpd kamu ttg islam,cara2 nk solat dan sebaginya,ttpi sbgai medan utk mngingatkan kpa kita apa2 yg kadang2 kita terlepas pndang.sbb mndirikan rumah tngga bukanlh perkara yg mudah.tak ada rumah tngga yg tak pernah bergelora dgn ujian,dan rata2 kes penceraian yg berlaku bukan krn perkara2 yg besar,tapi krn hal2 yg remeh dn kcik jaa..YA ALLAH,astaghfirullah3x..sya btulkan niat,lillah taa'la sya dtg kesini,mga ada ilmu dan mnfaat yang dapat ku peroleh..

Slpas hbis berkursus,alhamdullah..bnyak yg sya beljar.rupanya dlm merasakan kita tahu perkara2 itu,tapi masih bnyak yg terkurang sebenrnya..masih bnyak yg sya perlu btulkan dan tambahkan sbg persediaan mnempuh gerbang pernikahan..yang paling sya ingat,seorang ustaz ada bertnya,apa tujuan kamu nk berkahwin.knpa nk kawen.ada org paksa kamu kawen ka?persoalan itu sya jawab dalam hati selengkapnya..ya,kita harus ada sebb dan tjuan mngapa kita hndak berkahwin.

suka sngat slot ustazah rohayati,ttg komunikasi suami isteri..bnyak kisah yg diceritakan..bnyak pngalamn yg dikongsikan..insyaALLAH apa yg telah aku dpat akan aku cuba amalkan sebaiknya...baru sedar,utk org yang muda lagi dan kurang pngalaman serta ilmu mcm aku ni,perlu sebenrnya meghari kursus dan bengkel2 sperti tu..sbg persediaan dan pemantapan melangkah kealam baru nnti..buat shabat2 yg blum pergi kursus,cepat2 ler pegi yer...

Rabu, 4 Mac 2009

kuatlah temanku..

Alhamdulillah..ari ni dapat berita seorang teman sekuliah pregnant..tahniah!!!ramai laa yang datang kerumun dia bg ucapan tahniah,tnya perasaan dan mcm2 lagi..mcm sesi temuramah pun ada tengok..siap ada yang pakat volentier nk jd mak angkat lagi.heheh
Tpi disebalik kegembiraan kami berbicaraan,ada redup kerisauan dan kerunsingan terlukis di wajah temanku ini."ermm aku risau n takot jugk laa.dgn keadaan ekonomi skrg,dgn tak keja,belaja lg..ntah laa"..jgn runsing sahabatku,jgn takot shabatku..ALLAH sentiasa bersama kamu..dalam perkahwinan ada rahmat dan kasih sayang ALLAH yang menghiasi,dalam rahmat ALLAH ada dugaan yang diberi,dan dalam dugaan itulah kita akan lebih merasai kemanisan iman dan kenikmatan kebahagiaan dalam rumah tangga.
Orang2 yang beriman itu akan sentiasa diuji..

Temanku..Semoga sinar bahagia terus mnyinari hidupmu..ingatlah wahai temanku,walau berat mana sekalipun ujian dan dugaan yg datang,teruskanlah teguh menjadi wanita yang bisa menggoncangkan dunia ini dengan kelembutan tanganmu yang menghayun buaian itu.

luangkan masa untuk yang tersayang

"Petikan yang akan dibaca nanti mungkin akan menyentuh perasaan. Ia menggambarkan kesibukan kita pada zaman ini sehingga masa berkualiti bersama anak-anak berkurangan. Semoga kita dapat sama-sama menghayati cerita berikut. Adakah kerja mengatasi segalanya? Sebenarnya, waktu untuk anak-anak & keluarga itulah yang utama dan tidak akan berulang lagi.....
"...papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu boleh dengar"
Pada suatu malam Salleh, seorang eksekutif yang berjaya, seperti biasanya sedang sibuk mengkaji kertas-kertas kerja pejabat yang dibawanya pulang ke rumah, kerana keesokan harinya ada mesyuarat yang sangat penting dengan para pemegang saham.
Ketika dia sedang asyik meneliti dokumen-dokumen dari pejabat, anak perempuannya, Rahayu datang mendekatinya, berdiri tepat disampingnya, sambil memegang buku cerita baru. Buku bergambar,"Seorang pari kecil yang kiut", sangat menarik perhatian Rahayu.
"Pa lihat"! Rahayu berusaha menarik perhatian ayahnya. Salleh menoleh ke arahnya, sambil menurunkan kaca matanya, kalimah yang keluar hanyalah kalimah basa-basi.
"Wah,. buku baru ya Ayu?"
"Ya papa" Rahayu berseri-seri kerana merasa ada balasan
dari ayahnya.
"Pa bacakanlah untuk Ayu" pinta Rahayu lembut,
"Ayu..... papa sedang sibuk ni, jangan sekarang ya"sanggah
Salleh dengan cepat. Lalu dia segera mengalihkan perhatiannya pada kertas-kertas yang berserakkan didepannya, dengan serius.
Rahayu termangu sejenak, namun dia belum menyerah. Dengan suara lembut dan dengan sedikit kemanjaan dia kembali merayu.. "Pa, mama cakap papa nak bacakan untuk Ayu"
Salleh mulai agak jengkel, " Ayu!! papa sibuk, sekarang Ayu suruh mama baca ya "
"Pa, mama sibuk, papa lihat gambarnya lucu-lucu",
" Lain kali Rahayu, ke SANA!!!! papa banyak kerja ni.." Salleh berusaha memusatkan perhatiannya pada lembar-lembar kertas tadi, minit demi minit berlalu, Rahayu menarik nafas panjang dan tetap disitu, berdiri ditempatnya penuh harap, dan tiba-tiba Rahayu merengek lagi.
"Pa,.. gambarnya cantik, papa pasti suka",
"RAHAYU!!!!!, PAPA KATA, LAIN KALI!!!!! ", kata Salleh membentaknya dengan keras.
Kali ini Salleh berhasil. Semangat kecil Rahayu terkulai, hampir menangis, matanya berkaca-kaca dan Ayu bergerak menjauhi ayahnya.
" Iya pa,. lain kali ya pa?" Ayu masih sempat mendekati ayahnya dan sambil menyentuh lembut tangan ayahnya, ia meletak buku cerita di pangkuan ayahnya.
"Pa kalau papa ada waktu, papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu dapat dengar ".
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * ******************************************
Hari demi hari telah berlalu, tanpa terasa dua bulan telah berlalu namun permintaan kecil Rahayu tidak pernah dipenuhi,buku cerita Pari Kiut, belum pernah dibacakan untuk dirinya. Hingga satu petang terdengar suara hentakan yang kuat...
"Baammmm!!"
Beberapa orang jiran tetangga dengan histeria memberitahu bahawa Rahayu dilanggar kenderaan yang meluncur laju di hadapan rumah Salleh oleh seorang pemandu yang sedang mabuk. Tubuh munggil Rahayu terpelanting beberapa meter. Dalam keadaan panik, kedengaran suara ambulance.
Dalam perjalanan menuju rumah sakit, Rahayu sempat berkata dengan begitu sayup " Ayu takut pa, Ayu takut ma, Ayu sayang papa mama".
Darah segar terus keluar dari mulutnya hingga ayu lemah longlai ketika sampai di hospital terdekat. Kejadian hari ini begitu menggoncangkan hati nurani Salleh, tidak ada lagi waktu tersisa untuk memenuhi sebuah janji. Kini yang ada hanyalah penyesalan. Permintaan si buah hati yang sangat sederhana,pun tidak dipenuhi. Masih segar terbayang dalam ingatan Salleh tangan munggil anaknya yang memohon kepadanya untuk membacakan sebuah cerita, kini sentuhan itu terasa sangat bererti sekali.
",...papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu boleh dengar ", kata-kata Rahayu terngiang-ngiang kembali.
Petang itu setelah segalanya telah berlalu, yang tersisa hanya keheningan dan kesunyian hati, canda dan riang Rahayu tidak akan terdengar lagi, Salleh mulai membuka buku cerita Pari Kiut yang diambilnya dari longgokan mainan Rahayu di sudut ruangan.
Bukunya sudah tidak baru lagi, sampulnya sudah usang dan koyak. Beberapa coretan tak berbentuk menghiasi lembar-lembar halamannya seperti sebuah kenangan indah dari Rahayu. Salleh menguatkan hati, dengan mata yang berkaca-kaca Salleh membuka halaman pertama dan membacanya dengan suara yang kuat, tampak sekali Salleh berusaha membacanya dengan kuat, Salleh terus membacanya dengan kuat-kuat halaman demi halaman, dengan berlinangan air mata.
"Rahayu dengar papa baca ya",selang beberapa kata, hatinya memohon lagi...
"Rahayu.. papa mohon ampun nak.. papa sayang Rahayu ".
Seakan setiap kata dalam bacaan itu begitu mengguris lubuk hatinya, tak kuasa menahan itu.. Salleh bersujud dan menangis memohon satu kesempatan lagi untuk dirinya..
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Seseorang yang mengasihi selalu mengalirkan kesenangan dan menghilangkan kesedihan kita, Ia selalu memberi PERHATIAN kepada kita; Kerana ia Peduli kepada kita.
ADAKAH "PERHATIAN TERBAIK" ITU BEGITU MAHAL BAGI
MEREKA? BERILAH "PERHATIAN TERBAIK" WALAUPUN HANYA SEKALI.

ratu hatiku...

Alhamdulillah..syukur kerana masih di beri kesempatan untuk saya menulis, berkongsi sedikit sebnyak suka duka jua pengalaman yang dilalui..selama seminggu saya bercuti di johor bahru,dalam saya bergembira telah saya temui satu keajaiban kasih sayang ALLAH.Tatkala melihat kakak saya menangung sakit kerana keguguran,sejuta rasa menjeruk di dalam hati saya.hanya air mata yang mampu saya alirkan,hanya doa yang mampu saya panjatkan.Ketika itu keyakinan saya terus kuat,mengapa ALLAH begitu mengangkat darjat seorang ibu,mengapa ALLAH begitu memuliakan segala pegorbanan seorang emak.Disitu saya melihat betapa adilnya ALLAH,betapa pengasih dan penyayangnya ALLAH.Sehingga dikurniakan syurga pada setiap anak2 itu terletak ditapak kaki ibu,dan pada redha ibu disitulah letaknya redha ALLAH..SubhanALLAH...kalau sebelum ni dengar orang cerita,mcm mna sakitnya melahirkan anak..Bayangan yang dibuat tu tak sama dengan perasaan apabila melihat dengan mata sendiri.Saya membayangkan setiap saat kesakitan yang telah di lalui oleh mma saya,melahirkan 8 orang anak.satu pengobanan yang tak mampu saya ungkapkan kemuliaannya dengan kata2.Bila sakit,sedih,dan kecewa,mamalah sumber kekuatan untuk saya terus berdiri..Buat ikhwah2 semua,samalah kita suburkan kasih sayang dan cinta yang suci buat insan yang bergelar mama.ibu,umi,emak,mummy...

ahlan wa sahlan..

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan waktu utk membuka warung baru..hehehe..kali ini pembawakan sya mungkin lebih santai..insyaALLAH..sambil2 kita berehat di warung gelap ini,apa slahnyer kan kita bukak sembang2 ilmu sket.mugkin ader jugak chaya yg mnyinar..